Saturday, 21 April 2012

BAB 4 PENGASASAN KESULTANAN MELAYU MELAKA


PARAMESWARA PENGASAS KMM

Parameswara
(Raja Iskandar Shah , 1400-1414)


FAKTOR MELAKA DIPILIH MENJADI SEBUAH KERAJAAN


  1. Bekalan air senang diperolehi.
  2. Bentuk muka bumi berbukit bukau menjadi panduan pelayar dan kawasan selat lebih mudah dikawal.
  3. Pokok bakau dan api-api benteng pertahanan dan pelindung semulajadi.
  4. Muara sungai terlindung daripada tiupan angin monsun

ASAL USUL NAMA MELAKA
  • Nama Pokok
    • Sempena nama pokok Melaka tempat Parameswara berehat selepas melihat anjing perburuannya ditendang oleh Pelanduk
  • Istilah Arab
    • Pedagang Arab memanggil Melaka dengan nama ‘Mulaqah’ (pertemuan)
    • Disebut juga malakat (Perhimpunan segala dagang)

LANGKAH PARAMESWARA MEMAJUKAN MELAKA
  • Hubungan diplomatik dengan Cina
    • Tujuan untuk menjaga keselamatan dan mengiktiraf kedaulatan Melaka
    • Menjalin hubungan diplomatik dengan China sejak tahun 1404
  • Bantuan Orang Laut
    • menjaga keselamatan perairan
  • Ikatan konsep daulat
    • hubungan Raja dan rakyat umpama akar dan pohon
  • Kemudahan di pelabuhan
    • Bekalan air dan makanan
    • Tenaga kerja
    • Membaiki kapal
    • Tempat penginapan pedagang
  • Sistem pemerintahan yang teratur
    • Melantik pembesar mengurus hal ehwal balairong seri
    • 40 orang bentara menjalankan perintah raja
    • Biduanda kecil membawa alat kebesaran di








Tuesday, 17 April 2012

BAB 5 KEGEMILANGAN MELAKA




PENTADBIRAN YANG SISTEMATIK





  • Bagi melicinkan urusan pentadbiran, Sultan Melaka telah mengadakan satu sistem pentadbiran yang tersusun dan dikenali sebagai Sistem Pembesar Empat Lipatan
  • Sistem Pembesar Empat Lipatan terdiri daripada kumpulan pembesar yang menjadi pegawai tadbir kerajaan Melaka
  • Dalam sistem ini, sultan mengetuai pemerintahan dan baginda dibantu oleh 4 orang pembesar yang dikenali sebagai Pembesar Berempat
    • Bendahara
    • Penghulu Bendahari
    • Temenggung
    • Laksamana
  • Pembesar Berempat dibantu oleh Pembesar Berlapan, Pembesar Enam Belas dan Pembesar Tiga Puluh Dua.
  • Pembesar-pembesar ini mempunyai tugas dan tanggungjawab masing-masing

Sunday, 15 April 2012

Bendera Malaysia



Bendera merupakan lambang kepimpinan, simbol penghormatan, martabat  dan kewarganegaraan bagi sebuah negara. Setiap negara mempunyai bendera yang tersendiri untuk mewujudkan perasaan bangga terhadap tanah air. Bendera ditakrifkan sebagai sebidang kain yang diperagakan bagi menunjukkan tanda dan lambang kewujudan yang juga dikenali sebagai panji dan obor. Bendera dalam budaya Melayu biasanya dikaitkan dengan kedudukan golongan Diraja yang memerintah.

Terdapat 14 jalur merah dan putih melintang yang sama lebar bermula dengan jalur merah di sebelah atas dan berakhir dengan jalur putih di sebelah bawah. Jalur-jalur ini menandakan keanggotaan 13 buah negeri dan sebuah Wilayah Persekutuan iaitu Kedah, Pahang, Kelantan, Johor, Perak, Perlis, Selangor, Negeri Sembilan, Terengganu, Sarawak, Pulau Pinang, Sabah, Melaka dan Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya).

Warna merah pada jalur membawa makna gagah berani dan warna putih pula membawa makna suci murni. Warna kuning yang digunakan pada bulan dan bintang adalah warna Diraja yang melambangkan Raja-Raja Melayu. Gabungan tiga warna utama iaitu merah, putih dan biru melambangkan setiakawan Persekutuan Tanah Melayu dan United Kingdom dan penyatuan Tanah Melayu dengan Negara-negara Komanwel.

Sejarah Bendera Malaysia Pada 29 November 1949, Majlis Raja-Raja dengan kerjasama Majlis Perundangan Persekutuan telah mengadakan pertandingan peringkat kebangsaan untuk memilih reka bentuk bendera bagi kerajaan yang bakal dibentuk. Dalam pertandingan tersebut, ciptaan Encik Mohamad bin Hamzah  (arkitek kerajaan Johor) dipilih sebagai pemenang.

Walau bagaimanapun reka bentuk bendera tersebut telah dibuat beberapa pindaan dan telah diperkenankan oleh Mesyuarat Majlis Raja-Raja pada 22 dan 23 Februari1950. Pada 19 April 1950, Majlis Perundangan Persekutuan telah meluluskan usul yang dibentangkan oleh Pemangku Ketua Setiausaha Negara. Reka bentuk bendera tersebut telah mendapat kelulusan King George VI pada 19 Mei 1950.

Sehubungan dengan itu, buat pertama kalinya Bendera Persekutuan Tanah Melayu telah dikibarkan di perkarangan Istana Sultan Selangor dengan dihadiri oleh DYMM Raja-Raja Melayu dan pegawai-pegawai King George VI pada 26 Mei 1950. Selepas penubuhan Malaysia pada 16 September 1963, Bendera Persekutuan Tanah Melayu telah diubahsuai sejajar dengan kemasukan Sarawak, Sabah dan Singapura ke dalam Persekutuan Tanah Melayu.

Walaupun Singapura keluar daripada Malaysia pada tahun 1965, namun Malaysia masih mengekalkan ciri-ciri benderanya. Setelah berkibar megah sejak 1950, pada malam 31 Ogos 1997, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad yang merupakan Perdana Menteri ketika itu telah mengukir satu lagi sejarah apabila beliau mengumumkan nama baru bagi Bendera Malaysia iaitu JALUR GEMILANG.

Susunan Keutamaan Bendera

Susunan keutamaan Bendera Malaysia dan negeri-negeri ditentukan mengikut susunan keutamaan DYMM Raja-Raja Melayu dan TYT Yang Di-Pertua Negeri seperti yang termaktub dalam Perkara 70, Perlembagaan Persekutuan. Sehubungan itu, susunan keutamaan bendera yang diguna pakai bagi tahun 2009 adalah seperti berikut:-
  1. Malaysia
  2. Kedah
  3. Pahang
  4. Kelantan
  5. Johor
  6. Perak
  7. Perlis
  8. Selangor
  9. Negeri Sembilan
  10. Terengganu
  11. Sarawak
  12. Pulau Pinang
  13. Sabah
  14. Melaka
  15. Wilayah Persekutuan

Lagu Kebangsaan




Negaraku
Tanah tumpahnya darah ku
Rakyat hidup bersatu dan maju
Rahmat bahagia Tuhan kurniakan
Raja kita selamat bertakhta
Rahmat bahagia Tuhan kurniakan
Raja kita selamat bertakhta

Lagu Kebangsaan dicipta pada tahun 1957 dan pemilihan lagu ini dibuat oleh bekas Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah. Irama “Negaraku” dipetik daripada irama lagu negeri Perak. Lagu negeri Perak pula mendapat ilham asal daripada lagu “Terang Bulan” yang merupakan lagu yang amat disukai oleh Sultan Abdullah, Sultan Perak, ketika baginda dalam buangan di Pulau Seychelles. “Negaraku” menekankan taat setia dan perpaduan rakyat untuk kemajuan negara. Lagu ini berperanan untuk membangkitkan semangat patriotik dan cintakan tanah air.

Idea untuk mencipta Lagu Kebangsaan timbul ketika negara sedang bersiap menyambut hari kemerdekaan. Lagu Kebangsaan perlu diperdengarkan dalam upacara pengisytiharan kemerdekaan yang ditetapkan pada 31 Ogos 1957.

Lantaran itu, pada bulan Februari 1957, satu pertandingan mencipta lagu rasmi telah diadakan. Namun empat lagu akhir yang telah disenarai pendek telah ditolak oleh Jawatankuasa Khas Pemilihan Lagu Kebangsaan (JKPLK) yang diketuai sendiri oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj sebaliknya mengesyorkan lagu Negeri Perak sebagai asas bagi mencipta Lagu Kebangsaan Negara Malaysia. Cadangan itu telah dipersetujui oleh ahli JKPLK yang lain.

Skor lagu “Negaraku” telah disediakan oleh Alfonso Soliano (Pemimpin Orkestra Radio Malaya), D.S.P Croff (Pengarah Muzik, Pancaragam Polis Diraja), Kapten Lenthall (Pengarah Muzik, Pancaragam Askar Melayu, Port Dickson) dan A.T Reed (Ketua Pengarah Radio Malaya). Seni kata Lagu Kebangsaan “Negaraku” telah disediakan oleh satu jawatankuasa khas yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dengan persetujuan Sultan-Sultan Tanah Melayu.

Lagu Kebangsaan “Negaraku” diperdengarkan buat julung kalinya pada 31Ogos 1957, di Padang Kelab Selangor. Pada malam tersebut, bendera Union Jack telah diturunkan dan digantikan dengan bendera Persekutuan Tanah Melayu, diiringi dengan Lagu Kebangsaan “Negaraku”. Bermula dari detik inilah, lagu “Negaraku” terus kekal menjadi lagu rasmi negara.






BAB 6 KEMEROSOTAN MELAKA


FAKTOR KEMEROSOTAN DAN KEJATUHAN


Kelemahan Kepimpinan
  • Bendahara Tun Mutahir pilih kasih
  • Sultan Ahmad pemerintah tidak cekap
  • Tun Perpatih Putih uzur
  • Amalan rasuah dan fitnah

Masalah Perpaduan
  • Perebutan pengaruh antara  Tun Mutahir dengan Khoja Hassan
  • Rakyat berpecah belah dan tidak bersatu
  • Perpecahan menjejaskan perdagangan Melaka


Friday, 13 April 2012

BAB 7 JOHOR MENEGAKKAN SEMULA KEWIBAWAAN KESULTANAN MELAYU MELAKA



PENERUSAN WARISAN MELAKA



  • Sultan Alauddin Riayat Syah II ialah pengasas kerajaan di Tanah Besar Johor atau Ujong Tanah
  • Pusat pentadbiran kerajaan Johor ialah Pekan Tua dan sebuah kota pertahanan dibina dikenali sebagai Kota Kara
  • Pada abad ke-17, Johor meluaskan taklukannya melalui peranan Laksamana Tun Abdul Jamil
  • Negeri taklukan Johor adalah :-
    • Bengkalis
    • Kampar
    • Jambi
    • Siak
    • Rokan
    • Klang
    • Aru
  • Oleh sebab kerajaan Johor sering diancam oleh Portugis, Acheh dan Jambi, pusat pentadbiran sering berubah-ubah di sepanjang Sungai Johor dan Kepulauan Riau-Lingga