Sunday 6 May 2012

Sajak Oh Sajak



SUMPAH ANAK MERDEKA

Aku anak merdeka
Bangkit dari persada luka
Berdiri megah di pentas wira
Inginku tebus maruah bangsa

Aku anak merdeka
Terjaga dari ranjang kecewa
Berpaksi gagah di panggung perkasa
Ingin ku bela nasib bangsa

Aku anak merdeka
Harapan nusa dan bangsa
Akan kutentang petualang negara
Yang tegar membuat angkara

Aku anak merdeka
Di hati semangat waja
Di dada penuh satria
Ini Tuah akan membela
Untuk kubalut luka lama

Sunday 29 April 2012

Ringkasan Sejarah Malaysia



Sejarah Malaysia dikatakan bermula pada zaman Kesultanan Melayu Melaka iaitu sekitar tahun 1400 Masihi. Pada masa kegemilangannya, wilayah kesultanan ini meliputi sebahagian besar Semenanjung dan Pantai Timur Sumatera. Melaka muncul sebagai sebuah kerajaan yang gemilang kerana kedudukannya yang strategik iaitu titik pertemuan antara Asia Timur dengan Asia Barat. Keadaan ini membolehkan Melaka muncul sebagai pusat perdagangan utama khususnya bagi perdagangan rempah di Asia Tenggara. Islam pula muncul sebagai agama utama yang tersebar dan menjadi anutan utama penduduk Melaka kerana rajanya sendiri telah memeluk agama tersebut.

Pada tahun 1511, Melaka jatuh ke tangan Portugis dan bermula daripada tahun inilah Tanah Melayu berada dalam era penjajahan. Selepas itu, Tanah Melayu jatuh ke tangan Belanda pada tahun 1641 dan akhirnya jatuh pula ke tangan British pada tahun 1824 melalui Perjanjian Inggeris-Belanda. Penjajahan British merupakan penjajahan paling lama. British telah mencampuri semua urusan pentadbiran Tanah Melayu yang sebelum ini diuruskan oleh Raja-Raja Melayu dengan bantuan pembesar-pembesar negeri. Campur tangan British ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan penduduk tempatan.


Dol Said


Tok Janggut
























Beberapa individu bangkit menentang penjajah namun oleh kerana usaha mereka lebih kepada bersifat perseorangan maka penentangan tersebut dengan mudah dipatahkan oleh British. Antara tokoh yang bangun menentang penjajah ialah Dol Said, Tok Janggut, Datuk Bahaman, Rentap, Datuk Maharajalela, Rosli Dobi dan beberapa tokoh yang lain.







Saturday 28 April 2012

BAB 1 SEJARAH DAN KITA



SYAJARATUN
pohon, pokok, salasilah, riwayat, keturunan,asal usul

SEJARAH
penyelelidikan tentang perkara ysang telah berlaku

CIRI-CIRI SEJARAH
  • tepat dan benar
  • penting dan bermakna
  • sebab dan akibat

SUMBER SEJARAH
  • sumber pertama
  • sumber kedua


KAJIAN SEJARAH
  • kaedah lisan
  • kaedah bertulis
  • kaedah arkeologi
    • angkasa lepas
    • maritim
    • gali cari


PENAKSIRAN SEJARAH
  • jujur
  • bertanggungjawab

KEPENTINGAN SEJARAH
  • tujuan :
    • jati diri
    • keperibadian bangsa
    • khidmat bakti
    • kedaulatan
    • kemajuan negara
    • menghargai jasa
    • merangka wawasan
  • faedah :
    • iktibar
    • perangsang
    • kesedaran
    • patriotisme
    • kebanggaan
    • memelihara kedaulatan
    • mempertahankan kemerdekaan




Thursday 26 April 2012

BAB 2 ZAMAN PRASEJARAH



  •        Zaman Paleolitik
o   200,000 hingga 300,000 tahun dahulu
o   Bukit Jawa, Kota Tampan, Bukit Bunuh, Gua Niah, Tingkayu
o   Berpindah-randah
o   Tinggal dalam gua batu kapur
o   Alat batu kasar
o   Memungut hasil hutan, berburu
o   Mengamalkan animisme dan upacara kubur
Hidup bermasyarakat


  •        Zaman Neolitik
o   7,000 tahun dahulu
o   Gua Cha, Bukit Tengkorak
o   Sistem bermasyarakat
o   Tinggal di gua dan tebing sungai
o   Alat batu yang lebih halus
o   Bercucuk tanam, berburu, berdagang
o   Mencipta barang kemas
o   Mengamalkan animisme
o   Beliung dan pemukul kulit kayu

Alat logam besi dan gangsa
  •   Zaman Logam
o   4,000 tahun dahulu
o   Sg. Tembeling, Gua Harimau, Changkat Menteri
o   Hidup menetap
o   Adat resam
o   Alat logam besi dan gangsa
o   Bercucuk tanam, berdagang, menangkap ikan, menternak
o   Pengebumian menggunakan kepingan batu




Tuesday 24 April 2012

BAB 3 KERAJAAN AWAL DI ASIA TENGGARA




KERAJAAN AGRARIA
  • Angkor, Funan
  • petempatan di kawasan tanah subur, lembangan sungai dan pedalaman
  • kegiatan ekonomi utama ~ pertanian dan memungut hasil hutan
  • tanaman utama ~ padi huma, padi sawah dan ubi taro
  • membina empangan dan terusan
  • menerima pengaruh agama Hindu-Buddha
  • kerjasama erat antara pemerintah dengan rakyat


Kerajaan Angkor
Angkor Wat
  • Diasaskan pada abad ke-7 Masihi
  • Pusat kerajaan terletak di hilir Sg. Mekong
  • Sistem pemerintahan berasaskan sistem pemerintahan beraja :
    • Raja dibantu oleh kerabat diraja untuk menjalankan pentadbiran
    • Raja mempunyai kuasa mutlak dan dianggap devaraja
    • Mencapai zaman kegemilangan semasa pemerintahan  Suryavarman II
  • Kawasan  pertanian utama di sekitar Tasik Tonle Sap
    • Tasik Tonle Sap ialah tasik yang dibina pada abad ke-10 Masihi
    • Tasik ini terletak di bahagian tengah Kemboja
    • Merupakan sistem pengairan terpenting untuk kegiatan pertanian padi sawah
    • Air disalurkan melalui empangan dan saliran
    • Kawasan di sekitar tasik ini subur dan sesuai unutk menanam padi
  • Baray dibina untuk kemudahan pertanian
    • Baray ialah sebuah kolam air besar yang dibina untuk menampung 30 juta meter padu air
    • Air dari kolam ini disalirkan ke 12.5 juta ekar sawah
    • Pembinaan baray membolahkan kerajaan Angkor memperoleh hasil pertanian yang banyak
  • Angkor Wat  merupakan bukti  kewujudan kerajaan Hindu-Buddha
  • Menerima agama Hindu-Buddha sebagai ajaran utama

Kerajaan Funan
Kerajaan Funan - kerajaan terawal di Asia Tenggara
  • Diasaskan pada abad pertama Masihi
  • Pusat kerajaan terletak di Vjadhapura
  • Empangan, saliran dan takungan air dibina untuk mengairi kawasan pertanian terutama sawah padi
  • Bekalan air diperolehi daripada Sg. Mekong dan kawasan persisiran pantai
  • Raja pertama ialah Kaundiya yang menggunakan gelaran Kurung Bnam
    • Kurung Bnam  bermaksud raja-raja gunung
    • Istilah  Bnam bererti gunung
    • Gunung yang dimaksudkan ialah gunung suci yang menjadi simbol kuasa raja
  • Fan Shih-Man merupakan seorang jeneral yang agung
  • Pelabuhan utama ialah Oc-Eo ( kemudiannya menjadi kerajaan maritim kerana kedudukan yang strategik)
  • Sungai Mekong merupakan jalan perhubungan perdagangan
KERAJAAN MARITIM
  • Champa, Chih Tu, Srivijaya, Kedah Tua, Majapahit
  • petempatan di persisiran pantai
  • pusat pentadbiran di muara sungai
  • kegiatan ekonomi ~ aktiviti kelautan dan perdagangan
  • berfungsi sebagai orang tengah
  • mahir membuat kapal dan menguasai ilmu pelayaran
  • menutamakan kemajuan pelabuhan
  • pelabuhan entrepot
Kerajaan Champa
  • Diasaskan sekitar tahun 192 Masihi oleh Chu-Lien
  • Raja dipengaruhi oleh agama hindu
  • Dalam struktur pentadbirannya terdapat pegawai pemungut cukai.
  • Ditadbir oleh 14 dinasti
  • Pada akhir kurun ke-13, dipengaruhi oleh China  dan pengaruh ini lenyap pada kurun ke-15
  • Menurut sumber Sanskrit, pada tahun 400 Masihi diterajui oleh Bhadravarnom
  • Nama Champa wujud pada tahun 655 masihi
Kerajaan Champa
Kerajaan Chih Tu
Kerajaan Chih Tu
  • Menurut catatan I-Ching, Chih Tu bermaksud Tanah Merah
  • Diasaskan pada abad ke-6 Masihi oleh  Raja Guatama
  • Diketuai oleh seorang raja yang berkuasa mutlak
  • Raja dibantu oleh 3 orang menteri yang bertanggungjawab dalam pemerintahan dan pentadbiran
  • Sistem pemerintahan beraja mengikut corak pemerintahan kerajaan Srivijaya yang menerima pengaruh Hindu

Kerajaan Srivijaya
Kedudukan Kerajaan Srivijaya
  • Diasaskan pada abad ke-7 Masihidan berpusat di Palembang
  • Raja mempunyai berkuasa mutlak
  • Menurut catatan Arab, raja dianggap sebagai Raja di Gunung dan Maharaja di Pulau
    • Raja di Gunung dan Maharaja di Pulau menggambarkan kebesaran seseorang raja
  • Raja digambarkan mempunyai kuasa sakti, berkuasa mutlak dan bersifat ketuhanan
  • Menteri-menterinya merupakan orang perantaraan antara raja dengan rakyat
  • Catatan pada Batu Bersurat bertarikh 683 Masihi yang dijumpai di Telaga Batu, menunjukkan terdapat 3 bahagian pentadbiran iaitu :
    • Pentadbiran diraja
    • Pentadbiran ketenteraan
    • Pentadbiran daerah
  • Menguasai Selat Melaka, Selat Sunda dan Laut Jawa untuk mengawal seluruh kegiatan perdagangan maritim di Kepulauan Melayu
  • Pelabuhan pentingnya ialah Palembang
  • Barang dagangan seperti damar, cendana, kapur barus, kemenyan dan lada hitam
Sebuah kuil Buddha dengan
Srivijaya

Candi Gumpung di Jambi merupakan salah sebuah
wilayah Kerajaan Srivijaya
Kerajaan Kedah Tua
Lembah Bujang
  • Diasaskan pada abad ke-5 Masihi
  • Juga dikenali sebagai Kataha
  • Menurut catatan I-Ching, Kedah Tua disebut sebagai Cheh-Cha
  • Pelabuhan utama pada peringkat awal terletak di Sg. Mas dan kemudiannya berpindah ke Lembah Bujang
  • Dipengaruhi oleh agama Buddha dan diikuti agama Hindu
  • Pengaruh Hindu-Buddha dapat dibuktikan melalui peninggalan candi di Lembah Bujang
    • Candi ialah bangunan tempat penyembahan menurut agama Hindu-Buddha
    • Candi menggambarkan betapa kuatnya pengaruh Hindu-Buddha. Hal ini dibuktikan melalui seni ukir pada bangunan tersebut
  • Gunung Jerai menjadi panduan kepada pedagang untuk singgah di pelabuhan Sg. Mas dan Lembah Bujang
  • Pelabuhan Kedah Tua :
    • Merupakan pelabuhan entrepot
    • Menjadi pusat pertukaran barang-barang
    • Tempat persinggahan pelayar dari luar seperti  Arab, Parsi, India dan Sri Lanka
    • Pusat perdagangan hasil tempatan
    • Barang dagangan terdiri daripada beras, emas, damar, bijih timah, rotan, dan lada hitam

  • Kegemilangan kerajaan dibuktikan melalui penemuan :
    • wang perak pada zaman pemerintahan Sultan al-Mutawakil (tahun 874-861 Masihi)
    • manik dari India
    • barangan kaca dari Timur Tengah




Kerajaan Majapahit
  • Diasaskan oleh Raden Wijaya
  • Sistem pemerintahan :
    • Raja dibantu oleh Perdana Menteri dan 4 orang menteri
    • Mengamalkan konsep Devaraja iaitu wakil dewa untuk memimpin manusia
    • Sistem pemerintahan berasaskan Undang-Undang Manu yang menjelaskan peranan Raja dalam membicarakan kes-kes awam
    • Ukiran patung Gajah  Mada
      • Undang-Undang Manu merupakan sumber bertulis yang menjelaskan peranan hakim membicarakan kes-kes awam
  • Kegemilangan kerajaan semasa pemerintahan Hayam Wuruk (Raja Senagara) dan Perdana Menteri  iaitu Patih Gajah Mada
  • Perdagangan :
    • Dikunjungi oleh pedagang dari luar dari asia Tenggara, China, India dan Timur Tengah
    • Pelabuhan utama ialah Kataha dan Temasik

Sunday 22 April 2012

Kemerdekaan Tanah Melayu





Kemunculan Tunku Abdul Rahman telah memberi sinar harapan kepada perjuangan penduduk Tanah Melayu ketika itu apabila tindakannya membentuk Parti Perikatan mula membuka mata British untuk membenarkan pendudukan Tanah Melayu mentadbir sendiri negaranya. Perpaduan antara tiga kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India telah menampakkan hasil apabila Perjanjian London yang ditandatangani pada 8 Februari 1956 telah memberi petanda bahawa Tanah Melayu akan merdeka pada 31 Ogos 1957.

Setelah kemerdekaan dicapai, timbul pula masalah berhubung dengan penubuhan Malaysia yang menggabungkan Sabah, Sarawak dan Singapura. Penentangan terhadap penyatuan ini datang daripada Parti Rakyat Brunei, Indonesia dan Filipina. Walau bagaimanapun hasrat untuk membentuk sebuah negara yang dinamakan MALAYSIA tercapai pada 16 September 1963.

Semangat Nasionalisme


Pada era 1920-an dan 1930-an, ramai penduduk Tanah Melayu mula mendapat pendidikan, sama ada dari Timur Tengah atau pendidikan tempatan. Hasilnya, Rahman telah memberi sinar Melayu mentadbir sendiri negaranya” muncullah golongan berpendidikan yang mula memperjuangkan semangat nasionalisme. Mereka menggunakan media seperti akhbar dan majalah untuk menyebarkan ideologi masing-masing. Ada dalam kalangan mereka telah membentuk persatuan seperti Kesatuan Melayu Muda (KMM) dan Kesatuan Melayu Singapura (KMS) yang bermatlamat mengusir penjajah dan membentuk kerajaan sendiri.

Ketika rakyat negara ini begitu bersemangat untuk menamatkan penjajahan, mereka dikejutkan dengan pendaratan Jepun pada penghujung tahun 1941 yang menandakan bermulanya satu lagi era penjajahan di Tanah Melayu. Jepun telah menduduki Tanah Melayu sehingga tahun 1945 sebelum menyerah kalah ekoran pengeboman Hiroshima dan Nagasaki.

Pengunduran Jepun telah memberi ruang kepada Parti Komunis Malaya (PKM) untuk menguasai Tanah Melayu. PKM telah bertindak ganas dengan membunuh dan memusnahkan harta benda awam dengan sewenangnya sehingga memaksa British mengisytiharkan darurat di Tanah Melayu (1948-1960).

Keganasan PKM tidak berjaya menakluki Tanah Melayu dan British kembali berkuasa. Sekembalinya British selepas pendudukan Jepun, mereka cuba memperkenalkan Malayan Union. Pengenalan ini telah mendapat tentangan yang hebat dan menyeluruh daripada penduduk tempatan. Pada 11 Mei 1946, penubuhan UMNO telah menyemarakkan lagi penentangan tersebut dan seterusnya menyemai bibit-bibit perjuangan ke arah berkerajaan sendiri.