KERAJAAN AGRARIA
- Angkor, Funan
- petempatan di kawasan tanah subur, lembangan sungai dan pedalaman
- kegiatan ekonomi utama ~ pertanian dan memungut hasil hutan
- tanaman utama ~ padi huma, padi sawah dan ubi taro
- membina empangan dan terusan
- menerima pengaruh agama Hindu-Buddha
- kerjasama erat antara pemerintah dengan rakyat
Kerajaan Angkor
Angkor Wat |
- Diasaskan pada abad ke-7 Masihi
- Pusat kerajaan terletak di hilir Sg. Mekong
- Sistem pemerintahan berasaskan sistem pemerintahan beraja :
- Raja dibantu oleh kerabat diraja untuk menjalankan pentadbiran
- Raja mempunyai kuasa mutlak dan dianggap devaraja
- Mencapai zaman kegemilangan semasa pemerintahan Suryavarman II
- Kawasan pertanian utama di sekitar Tasik Tonle Sap
- Tasik Tonle Sap ialah tasik yang dibina pada abad ke-10 Masihi
- Tasik ini terletak di bahagian tengah Kemboja
- Merupakan sistem pengairan terpenting untuk kegiatan pertanian padi sawah
- Air disalurkan melalui empangan dan saliran
- Kawasan di sekitar tasik ini subur dan sesuai unutk menanam padi
- Baray dibina untuk kemudahan pertanian
- Baray ialah sebuah kolam air besar yang dibina untuk menampung 30 juta meter padu air
- Air dari kolam ini disalirkan ke 12.5 juta ekar sawah
- Pembinaan baray membolahkan kerajaan Angkor memperoleh hasil pertanian yang banyak
- Angkor Wat merupakan bukti kewujudan kerajaan Hindu-Buddha
- Menerima agama Hindu-Buddha sebagai ajaran utama
Kerajaan Funan
Kerajaan Funan - kerajaan terawal di Asia Tenggara |
- Diasaskan pada abad pertama Masihi
- Pusat kerajaan terletak di Vjadhapura
- Empangan, saliran dan takungan air dibina untuk mengairi kawasan pertanian terutama sawah padi
- Bekalan air diperolehi daripada Sg. Mekong dan kawasan persisiran pantai
- Raja pertama ialah Kaundiya yang menggunakan gelaran Kurung Bnam
- Kurung Bnam bermaksud raja-raja gunung
- Istilah Bnam bererti gunung
- Gunung yang dimaksudkan ialah gunung suci yang menjadi simbol kuasa raja
- Fan Shih-Man merupakan seorang jeneral yang agung
- Pelabuhan utama ialah Oc-Eo ( kemudiannya menjadi kerajaan maritim kerana kedudukan yang strategik)
- Sungai Mekong merupakan jalan perhubungan perdagangan
KERAJAAN MARITIM
- Champa, Chih Tu, Srivijaya, Kedah Tua, Majapahit
- petempatan di persisiran pantai
- pusat pentadbiran di muara sungai
- kegiatan ekonomi ~ aktiviti kelautan dan perdagangan
- berfungsi sebagai orang tengah
- mahir membuat kapal dan menguasai ilmu pelayaran
- menutamakan kemajuan pelabuhan
- pelabuhan entrepot
Kerajaan Champa
- Diasaskan sekitar tahun 192 Masihi oleh Chu-Lien
- Raja dipengaruhi oleh agama hindu
- Dalam struktur pentadbirannya terdapat pegawai pemungut cukai.
- Ditadbir oleh 14 dinasti
- Pada akhir kurun ke-13, dipengaruhi oleh China dan pengaruh ini lenyap pada kurun ke-15
- Menurut sumber Sanskrit, pada tahun 400 Masihi diterajui oleh Bhadravarnom
- Nama Champa wujud pada tahun 655 masihi
Kerajaan Champa |
Kerajaan Chih Tu
Kerajaan Chih Tu |
- Menurut catatan I-Ching, Chih Tu bermaksud Tanah Merah
- Diasaskan pada abad ke-6 Masihi oleh Raja Guatama
- Diketuai oleh seorang raja yang berkuasa mutlak
- Raja dibantu oleh 3 orang menteri yang bertanggungjawab dalam pemerintahan dan pentadbiran
- Sistem pemerintahan beraja mengikut corak pemerintahan kerajaan Srivijaya yang menerima pengaruh Hindu
Kerajaan Srivijaya
Kedudukan Kerajaan Srivijaya |
- Diasaskan pada abad ke-7 Masihidan berpusat di Palembang
- Raja mempunyai berkuasa mutlak
- Menurut catatan Arab, raja dianggap sebagai Raja di Gunung dan Maharaja di Pulau
- Raja di Gunung dan Maharaja di Pulau menggambarkan kebesaran seseorang raja
- Raja digambarkan mempunyai kuasa sakti, berkuasa mutlak dan bersifat ketuhanan
- Menteri-menterinya merupakan orang perantaraan antara raja dengan rakyat
- Catatan pada Batu Bersurat bertarikh 683 Masihi yang dijumpai di Telaga Batu, menunjukkan terdapat 3 bahagian pentadbiran iaitu :
- Pentadbiran diraja
- Pentadbiran ketenteraan
- Pentadbiran daerah
- Menguasai Selat Melaka, Selat Sunda dan Laut Jawa untuk mengawal seluruh kegiatan perdagangan maritim di Kepulauan Melayu
- Pelabuhan pentingnya ialah Palembang
- Barang dagangan seperti damar, cendana, kapur barus, kemenyan dan lada hitam
Sebuah kuil Buddha dengan Srivijaya |
Candi Gumpung di Jambi merupakan salah sebuah wilayah Kerajaan Srivijaya |
Kerajaan Kedah Tua
Lembah Bujang |
- Diasaskan pada abad ke-5 Masihi
- Juga dikenali sebagai Kataha
- Menurut catatan I-Ching, Kedah Tua disebut sebagai Cheh-Cha
- Pelabuhan utama pada peringkat awal terletak di Sg. Mas dan kemudiannya berpindah ke Lembah Bujang
- Dipengaruhi oleh agama Buddha dan diikuti agama Hindu
- Pengaruh Hindu-Buddha dapat dibuktikan melalui peninggalan candi di Lembah Bujang
- Candi ialah bangunan tempat penyembahan menurut agama Hindu-Buddha
- Candi menggambarkan betapa kuatnya pengaruh Hindu-Buddha. Hal ini dibuktikan melalui seni ukir pada bangunan tersebut
- Gunung Jerai menjadi panduan kepada pedagang untuk singgah di pelabuhan Sg. Mas dan Lembah Bujang
- Pelabuhan Kedah Tua :
- Merupakan pelabuhan entrepot
- Menjadi pusat pertukaran barang-barang
- Tempat persinggahan pelayar dari luar seperti Arab, Parsi, India dan Sri Lanka
- Pusat perdagangan hasil tempatan
- Barang dagangan terdiri daripada beras, emas, damar, bijih timah, rotan, dan lada hitam
- Kegemilangan kerajaan dibuktikan melalui penemuan :
- wang perak pada zaman pemerintahan Sultan al-Mutawakil (tahun 874-861 Masihi)
- manik dari India
- barangan kaca dari Timur Tengah
Kerajaan Majapahit
- Diasaskan oleh Raden Wijaya
- Sistem pemerintahan :
- Raja dibantu oleh Perdana Menteri dan 4 orang menteri
- Mengamalkan konsep Devaraja iaitu wakil dewa untuk memimpin manusia
- Sistem pemerintahan berasaskan Undang-Undang Manu yang menjelaskan peranan Raja dalam membicarakan kes-kes awam
- Undang-Undang Manu merupakan sumber bertulis yang menjelaskan peranan hakim membicarakan kes-kes awam
- Kegemilangan kerajaan semasa pemerintahan Hayam Wuruk (Raja Senagara) dan Perdana Menteri iaitu Patih Gajah Mada
- Perdagangan :
- Dikunjungi oleh pedagang dari luar dari asia Tenggara, China, India dan Timur Tengah
- Pelabuhan utama ialah Kataha dan Temasik
Ukiran patung Gajah Mada |
really use full
ReplyDeleteRingkas dan padat. Follow blog saya Cikgu Mieda hihi
ReplyDeleteBoleh tanya cikgu,apakah keistimewaan sistem pengairan masyarakat Funan?
ReplyDeleteyo
ReplyDelete